Hari Buku Sedunia dan Hari Hakcipta 2010

Monday, April 26, 2010

             TEMA “Literasi mengubah Kehidupan”

SMK Kampar telah menyambut Hari Buku dan Hari Hak Cipta 2010 dengan mengadakan program membaca NILAM secara beramai-ramai ( 630 pelajar ). Turut serta ialah warga guru yang meluangkan masa membaca selama 20 minit. Tahniah kepada Guru Media iaitu Cik Yogeswari a/p Kulantaveloo & Puan Sarimah bt Mabee.

INFO:
Tarikh 23 April pada setiap tahun, telah dinobatkan sebagai Hari Buku Sedunia dan Hari Hakcipta oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1995.Meraikan hari-hari tertentu di dalam sejarah manusia sudah menjadi satu kebiasaan. Ada yang memberi manfaat, tak kurang juga yang memudaratkan, malah ada yang membazirkan wang dan masa. Tetapi, meraikan hari yang telah dinobatkan oleh satu badan antarabangsa iaitu UNESCO sememangnya perlu kita raikan. UNESCO telah memilih tarikh ini untuk mempromosikan budaya membaca, penerbitan dan juga menghormati hak cipta (kepada setiap 'pereka cipta ilmu-ilmu' yang telah dibukukan itu).